Jumat, 17 Desember 2010

"sangkaan manusia"

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Kamis, 21 Oktober 2010

DIMANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Jumat, 17 September 2010

Adegan Hari Kiamat dlm Surah Al-Qalam


"pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud,maka mereka tidak kuasa,(dlm keadaan)pandangan mereka tunduk ke bawah.lagi mereka diliputi kehinaan .Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia)diseru untuk bersujud,dan mereka dalam keadaan sejah tera"
(surah Al-Qalam : 42-23)




 Di sini imajinasi mnyksikn slh satu adegan kiamat yg hdup.
Org2 yg dulu ktk di dnia dseru utk brsjud ttp mnolk krn brkykinan di sana tdk ada hari kiamat.....
Kini mrk dseru kala ada keadaan tlh sulit,saat betis & lengan bwh dsingkap.mrk dseru utk sujud bkn utk          tjuan sjud yg ssunguhnya.tp utk mncela & mengolok-oloknya... 

Tlh brlalu ksmptn bg mrk utk meralat apa yg tlh trjd.Sehingga, mrk pun tdk dpt brsjud.mgkn krn klwtn wktu yg tpt atau mgkn krn kngerian yg mliputi mrk 7 mnjdkn mrktdk blh brgrk...
mrk mnndukn kpla,tnduk ngan pnuh khinaan stlh sblumnya mrka mnolk khusyuk dlm bribdh.dngn dmikian,blsn di sini stmpl dgn apa yg dulu mrk krjakn.....
Kngrian stuasi di sini adlh kngrian jwa yg hdup.Kita menyimpulkn dr prsaan jwa yg mncul dr org2 hdup yg ptuh yg dliputi khnaan....
Mrk dcemuh,dcela dan dpksa mlkukn sesuatu saat mrka tdk mmpu......
Kini yg trjd adlh kebaliknnya (org2 kafir itu tdk snggup melakukn apa yg dlu mrk tolak)

Minggu, 22 Agustus 2010

titip rindu buat ayah

Assalamualaikum....
klau mnggu lps sy mngenengahkn betapa bsrnya pngrbnn ibu trhdp kita...
semua kita tahu bhwa ibu adlh insan yg akn slalu mmbri pngorbnn kpd kita...
pd mnggu ini pula i.Allah sy akn mngupas betapa sshnya seorg ayh utk mmbsrkn ank2 nya..
dklngn kita ada yg mmnggil ayah ada yg mmnggil abh & mcm lg pnggilan yg kita pnggl...
pngorbnn seorg ayh tdk krg hbtnya...sifat ayh ni klau kita tgk seorg yg pndiam,penyimpn...
klau ada ja yg kita buat yg x kena mst dia smpn ja dlm ati..
kdg2 kita nk dngr seorg ayh mngucpkn prktaan syg pd ank2nya pun ssh...ttp adkh tahu
dlm hati seorg ayh?????

Ayah tdk mngira siang ataupn mlm...
ada ja keja yg hndk d buat....keja 2 bkn utk apa,hnya utk
mmstikn ank2 drumh dpt mmnuhi kprluan dri...
ayh x mngira keja itu brt ka aslkn ank2nya mndpt kselesaan
& mmstikn kluarganya bhgia..


sama2 kita hyti puisi ini.....

Siang dan malam beliau bekerja membanting tulang
Mencari rezeki untuk anak istrinya
Siang dan malam ia berusaha
Membahagiakan keluarganya di rumah
Tenaga yang ayah kerahkan
Bercampur peluh yang ia keluarkan
Apapun ia lakukan
Demi membuat anak-anaknya tetap sekolah dan hidup bahagia
Saat kita minta mainan mahal
Ibu selalu mnyuruh ayh mmbelinya
Tetapi Ayah akan menolaknya
Saat itu kita merasa bahwa Ayah itu jahat
Padahal sesungguhnya
Ayah hanya ingin anaknya tahu
Bahwa ia perlu belajar untuk tegas
Dan membangun pengorbanannya sendiri
Ayah hanya ingin anaknya
mnjdi yg trbaik & akn berdikari
Membangun keluarga sendiri
Ataupun membina keluarga sendiri suatu saat nanti
Sesungguhnya Ayah pun ingin
Memanjakanmu seperti Ibu
Tetapi beliau ingat tugasnya
Untuk mendidikmu menjadi teguh dan tidak goyah pendirian
Hormatilah Ayahmu sebagaimana
Kau menghormati Ibumu
Dan sebagaimana
Dirimu ingin dihormati
Sayangilah Ayahmu
Yang telah mendidikmu

Yang telah menasihatimu
Yang memberimu pelajaran akan hidup

Jumat, 13 Agustus 2010

Surat Seorang Ibu

"SETEGUH KASIHYA"

Jujur aku katakan, tidak pernah aku lihat insan yang setabahnya. Sejak berusia enam tahun lagi, dia telah menggalas tugas sebagai ibu dan ayah di rumah. Sebagai anak sulung, ketiadaan ibu dan ayah yang membanting tulang, untuk mencari sesuap nasi telah memaksa dirinya menjalankan tanggungjawab sebaagai seorang kakak terhadap 12 orang adik-adiknya.

Tangannyalah yang membesarkan adik-adik. Cuma dia tidak melahirkan mereka sahaja. Tetapi, sejak adik-adiknya masih bayi lagi, kedua ibu bapanya mengharapkan dan yakin akan kebolehan dirinya menjaga adik-adik yang masih kecil lagi. Tangan itulah yang memberi mereka makan, memandikan mereka, mengajar mereka dan membantu mereka. Begitu besar pengorbanannya terhadap keluarga. Namun, semua ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Disebabkan faktor kemiskinan, dan komitmen menjaga adik-adik, dia sanggup tidak hadir ke sekolah, walaupun hatinya memberontak untuk belajar. Dia tidak patah semangat. Walaupun tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, dia belajar sendiri di rumah setelah memastikan segala kerja rumah dan adik-adiknya telah makan, tidur atau atau dalam keadaan yang selamat.

Namun, bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Setiap kali, dia mahu belajar, dia berasa hendak demam. Kakinya pula,kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Badan berasa lesu dan tidak bermaya. Dia juga menghadapi masalah sukar untuk tidur. Hatinya berasa tak tentu arah.

Oleh kerana, tidak tahan dengan penyakitnya itu, dia pergi berubat dengan ramai bomoh seorang diri. Maklumlah, kedua ibu bapanya sibuk bekerja mencari rezeki. Dalam keadaan dirinya yang sakit, dia masih mampu untuk pergi berubat. Ramai bomoh mengatakan bahawa dia terkena buatan orang. Menurut bomoh itu lagi, orang tersebut iri hati akan kecantikan dan kepandaiannya itu. Apabila dia mengadukan hal ini kepada ayahnya, ayahnya tidak mempercayai kata-katanya. Betapa pilu hatinya tatkala mendengar ayahnya berkata sedemikian. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya penderitaan yang ditanggung.

Kadangkala dia menangis seorang diri menahan kesakitan yang teramat sangat. Zaman anak daranya, suram. Tidak seperti anak-anak dara lain. Pada usia semuda 20-an, pelbagai penyakit yang terpaksa ditanggungnya. Berbekalkan semangat dan ketabahan, dia pergi berubat seorang diri tanpa ditemani ibu dan ayah, Namun, penyakitnya masih juga belum sembuh. Sehinggalah, dia berkahwin. Ayahnya yang beriya-iya suruh dia berkahwin,sedangkan hatinya tidak mahu kerana dirinya tidak sihat. Tetapi, apakan daya sebagai anak dia akur.

Setelah dikurniakan enam orang anak, penyakit tidak boleh tidur, badan lesu, lenguh-lenguh badan masih juga ada. Sudah 30 tahun, dia tidak boleh tidur dengan lena. Kalau tidur pun hanya sejam atau dua jam pada waktu malam. Walaupun dalam keadaan yang sakit, dia tetap kuatkan semangat untuk menjaga anak-anaknya. Begitu cekal dirinya, menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Tidak ada seorang pun anaknya diberikan kepada orang lain untuk dijaga walaupun ibu mertuanya pernah meminta anak sulungnya untuk dijaga, disebabkan kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan dia menjaga anak. Menitis air matanya, tatkala ibu mertuanya menyatakan hajatnya itu. Setelah melihat deraian air matanya, ibu mertuanya faham bahawa kasih seorang ibu hingga ke syurga. Dia tidak rela berpisah dengan anaknya.

Kehidupan berumah tangga bukanlah mudah. Dengan gaji suami yang tidak seberapa, mereka suami isteri sanggup berkorban tidak ada baju raya asalkan anak-anak dapat memakai baju raya baru. Apabila anak-anak sakit, cepat-cepat mereka hantar ke klinik. Tetapi, kalau mereka yang sakit, mereka hanya bertahan, dan telan panadol sahaja. Segala keperluan kami disediakan dengan sempurna. Walaupun terpaksa berhutang, mereka sanggup demi anak-anak tercinta. Di kala, anak-anaknya berasa tertekan dengan pelajaran, mereka banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat. Doa dan usaha mereka lah, yang membuatkan anak-anaknya berjaya pada hari ini.




Ya Allah, begitulah pengorbanan insan bergelar ibu dan ayah. Ya, merekalah Mama dan Abahku!

Entah bagaimana lagi harus aku ceritakan kepada kalian, tentang dua insan yang banyak berkorban untuk anak-anaknya. Dengan perjalanan hidup Mama di atas, aku sendiri tidak mampu menghadapinya sekiranya aku berada di tempat Mama. Kerana aku tidak sekuat Mama.

Daripada zaman kanak-kanak, remaja hinggalah berusia 48 tahun, dia masih menanggung kesakitan. Suatu hari, aku pernah berdoa,

"Ya Allah, biarlah aku yang jadi pengganti Mama. Pindahkanlah kesakitan Mama itu kepada diriku. Aku tak sanggup melihat Mama menanggung kesakitan. Berikanlah nikmat kesihatan kepada Mama. Ampunkanlah segala dosanya. Dan kurniakanlah kesejahteraan kepada Mama & Abah di dunia dan akhirat."

"Panjangkanlah umur Mama dan Abah agar aku berpeluang untuk membalas segala jasa mereka. Biarlah aku pergi dulu menghadap-Mu, daripada mereka. Sesungguhnya, aku tidak sanggup kehilangan mereka. Biar mereka yang kehilangan aku, jangan aku yang kehilangan mereka. Merekalah nyawaku Ya Rabbi ! Terima kasih Mama, Abah atas doa dan restu yang kalian berikan, yang setia menemani anakmu ini dalam perjuangan menuntut ilmu. Berjayanya kami, anak-anakmu adalah berkat doamu dan rahmat Maha Pencipta."